Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Pemuda UMNO mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera membuat keputusan bersama dan menolak hasrat serta keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengerusi Biro Antarabangsanya, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan, berkata AS tidak seharusnya membuat keputusan itu secara unilateral tanpa mengambil kira pelan damai melalui meja rundingan multilateral oleh PBB.

“Adalah lebih wajar proses keamanan antara Palestin dan Israel dibuat melalui proses rundingan multilateral.

“Ia perlu mengambil kira sebanyak mungkin kepentingan dan hak kedua-dua negara serta bukannya dengan membuat keputusan secara unilateral oleh AS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamed Hazali berkata, Pemuda UMNO turut mempersoalkan kebijaksanaan pengiktirafan itu kerana ia hanya akan mengundang lebih banyak masalah daripada kebaikan.

“Kami pasti bukan hanya negara Islam yang tidak setuju dengan pendirian AS ini tetapi reaksi yang sama akan diutarakan lebih banyak negara dari seluruh dunia.

“Ia akan terus mengundang masalah kepada ketidakstabilan, keselamatan dan keamanan global,” katanya.

Beliau berkata, Biro Antarabangsa Pemuda menyambut baik pendirian Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak sekeras-kerasnya pengiktirafan AS menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *