Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PAS Tidak Mungkin Putus Dengan PKR – Amanah

PAS Tidak Mungkin Putus Dengan PKR – Amanah

Pas tidak mungkin berani membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR pada Muktamar Pas April depan.

Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat mendakwa, keputusan itu tidak akan dicapai meskipun banyak usul berkenaan diluluskan di Pulau Pinang dan Terengganu.

“Isu utama adalah kuasa di Selangor. Hidup dalam keadaan ada kuasa. Dapat pelbagai kemudahan.

“Gaji puluhan ribu. Tiba-tiba nak putus. Hampir mustahil Pas nak putuskan hubungan dengan PKR,” katanya dalam satu kenyataan.

Terbaharu, empat kawasan Pas di Terengganu yang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Pesuruhjaya PasTerengganu, Satiful Bahri Mamat berkata empat kawasan itu termasukĀ  Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Leave a Reply

Top