Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mempertaruhkan 45 peratus calon muda, termasuk wanita, bagi bersaing kemungkinan pertandingan tiga penjuru pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14)

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata jumlah calon yang disenaraikan dari dewan itu adalah tertinggi berbanding PRU sebelum ini, selain turut memberi tumpuan kepada empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor.

“Fokus empat buah negeri ini keputusan awal parti kerana sasaran kita adalah pengundi Melayu Islam, semua negeri ini mempunyai pengundi Islam yang ramai.

“Bagaimanapun ini tidak bermakna kami mengenepikan negeri lain negeri seperti Perlis, Pahang, Perak yang juga akan turut diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah (H9917), di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Katanya, PAS tidak bergantung kepada kelemahan lawan, sebaliknya mementingkan kekuatan jentera parti untuk berjuang pada PRU-14.

Sementara itu, DPMM dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan ‘Himpunan Munajat Sejuta Ummah’ di Lembah Klang sebagai menunjukkan kebersamaan orang ramai terhadap isu penghapusan etnik Rohingya.

Muhammad Khalil, berkata isu itu bukan sahaja disebabkan membabitkan umat Islam semata-mata, namun juga hak asasi manusia.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *