ALOR STAR, PAS perlukan masa untuk pertimbangkan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata PAS perlu mengambil pendekatan ‘memilih’ kerana tidak mahu ‘sejarah lama’ berulang.

“Kita ada pengalaman yang cukup banyak dalam pakatan politik… era sekarang ini kita kena ‘pick and choose’,” katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun, katanya seperti yang diputuskan PAS pusat sebelum ini, PAS negeri dibenarkan untuk mengadakan program atau aktiviti bersama PPBM, asalkan bukan dengan Parti Amanah Negara ataupun DAP.

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *