Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Parti Generasi Baru Ditukar Kepada Parti Bebas Rasuah

Parti Generasi Baru Ditukar Kepada Parti Bebas Rasuah

Parti Generasi Baru (NewGen Party) telah menukar namanya kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) dan mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa eksekutif pusat yang baharu.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan bahawa kami telah membuat keputusan untuk menukar nama parti ini kepada ‘Parti Bebas Rasuah (PBR),” kata Pengasas PBR S.Gobi Krishnan, sambil menambah perubahan tersebut telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan pada Jumaat.

PBR juga mengumumkan beberapa pelantikan baharu termasuklah pelantikan bekas ahli Umno, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai presiden PBR yang baharu.

Bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan dan bekas ahli PPBM Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah timbalan presiden PBR yang baharu.

 Syed Nazarudin Syed Aziz dan Rajaretinam Armuggan telah dinamakan sebagai naib presiden PBR.

Gobi, yang juga bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR mengekalkan kedudukannya sebagai setiausaha agung PBR.

Tan Chee Seng telah dinamakan sebagai bendahari, Abdul Ghani Haroon sebagai ketua penerangan dan Surendran Shamugam merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Pusat.

NewGen Party telah didaftarkan pada September 2013 dan merupakan parti berbilang kaum yang menyasarkan golongan muda.

 

Leave a Reply

Top