Parlimen Britain, kelmarin, memberi kelulusan kepada Perdana Menteri, Theresa May bagi memulakan usaha negara itu untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Sebelum ini, Dewan Pertuanan menolak percubaan terakhir untuk meminda rang undang-undang yang memberi kuasa kepada May untuk memulakan Brexit dan menggunakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon bagi melancarkan proses tersebut.

Ia bagaimanapun perlu mendapat perkenan diraja sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon menyuarakan hasrat untuk mengadakan referendum kedua bagi menuntut kemerdekaan wilayah itu pada masa rundingan Brexit dijangka mencapai keputusan akhir.

Jelasnya, pungutan suara itu mungkin akan diadakan antara musim luruh 2018 dan musim bunga tahun berikutnya.

Sementara itu, sumber Downing Street mendedahkan May mungkin akan menunggu sehingga akhir bulan untuk memaklumkan EU secara rasmi tentang hasrat Britain yang mahu meninggalkan blok tersebut yang dijangka mengambil proses selama dua tahun. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *