Anda di sini!
Utama > Nasional > PAC Maklumkan Tadbir Urus 1MDB Lemah

PAC Maklumkan Tadbir Urus 1MDB Lemah

Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu ‘kurang memuaskan’, yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk, sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

“Tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding aliran tunai syarikat.

“Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula sebagai pembayaran balik hutang matang, dan mengambil hutang baharu, antara lain untuk pembayaran faedah hutang sebelumnya,” menurut laporan itu.

Laporan tersebut menjelaskan model perniagaan 1MDB yang terlalu bergantung kepada pinjaman mengakibatkan syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya.

Leave a Reply

Top