Anda di sini!
Utama > Hiburan > Nuzul Protégé Pertama Meninggalkan Mentor Milenia 2017

Nuzul Protégé Pertama Meninggalkan Mentor Milenia 2017

Dua minggu berturut-turut Nuzul (protégé Black) dan Qalisya (protégé Tomok) tersenarai sebagai protégé paling corot.

Gagal memberikan persembahan yang berbisa, Nuzul terpaksa menamatkan perjuangannya di pentas Mentor Milenia 2017 selepas battle kedua yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu.

Sesungguhnya Qalisya berjaya melontarkan vokal dengan sepenuhnya dan memberikan persembahan yang lebih baik berbanding dengan minggu lepas, namun beliau masih kelihatan gementar ketika berada di pentas.

Bagi meneruskan persaingan di pentas Mentor Milenia, Qalisya harus segera memperbaiki kelemahannya untuk mengatasi pesaing-pesaingnya iaitu Along (Tomok), Syeera (Black), Anna dan Elica (Akim) serta Usop dan Balqis (Hazama).

Pertarungan konsert minggu keempat ini juga menyaksikan Along, protégé Tomok dinobatkan sebagai juara mingguan.

Persembahan Along yang penuh dengan emosi ketika menyampaikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah) berjaya meraih markah penuh iaitu 20 markah daripada juri awam.

Menurut Datuk Hattan selaku juri tetap, “Setiap protégé mempunyai potensi masing-masing. Mereka harus mengatasi perasaan gementar dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Selain membuat pemilihan lagu yang sesuai, para protégé juga perlu belajar untuk menghayati lagu-lagu yang akan disampaikan, kerana penjiwaan terhadap sesebuah lagu itu penting ketika melakukan persembahan.”

Leave a Reply

Top