Anda di sini!
Utama > Terkini > Norway Diundi Negara Terbaik Untuk Didiami

Norway Diundi Negara Terbaik Untuk Didiami

mh online

Laporan Pembangunan Manusia yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini sekali lagi memilih Norway sebagai negara terbaik untuk didiami, buat tahun ke-12 berturut-turut.

Norway mencatatkan skor tertinggi 0.944 dalam aspek jangka hayat, pendidikan, taraf hidup, dan beberapa aspek lain. Setiap negara diberi skor purata dari 0 hingga 1 dalam penilaian tersebut.

Jangka hayat sewaktu kelahiran di Norway ialah 81.6 tahun manakala keluaran dalam negara kasar per kapita ialah $64,992 (RM281,867).

10 negara terbaik untuk didiami menurut laporan tersebut ialah:

1. Norway – 0.944
2. Australia – 0.935
3. Switzerland – 0.930
4. Denmark – 0.923
5. Belanda – 0.922
6. Jerman – 0.916
6. Ireland – 0.916
8. Amerika Syarikat – 0.915
9. Kanada – 0.913
9. New Zealand – 0.913

Beberapa negara yang menghuni tangga tercorot termasuklah Burkina Faso, Burundi, dan Niger.

Kejayaan Norway disumbang beberapa faktor seperti ekonomi bertunjangkan petroleum, sistem penjagaan kesihatan yang kukuh, dan struktur kerajaan yang stabil. Keindahan semulajadi Norway juga turut menjana sektor pelancongan yang menguntungkan.

Malaysia berada pada tangga ke-62.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top