Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar meneruskan usaha membina unit penempatan baharu dan menegaskan, rejim Tel Aviv tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembinaan di Baitulmaqdis Timur.

Netanyahu berkata, penempatan baharu akan dibina untuk menggantikan kawasan Amona, yang dibakar bulan lalu selepas Mahkamah Agung Israel memutuskan struktur yang dibina di atas tanah persendirian milik rakyat Palestin perlu dipindahkan.

“Kepada penduduk di Amona, saya ulang, saya memberi komitmen untuk membina penempatan baharu dan saya akan hormati arahan ini,” katanya.

Difahamkan, kenyataan tersebut dibuat kurang seminggu selepas Netanyahu memberitahu beliau akan menunaikan janjinya untuk membina penempatan baharu di Tebing Barat buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *