Kabinet Keselamatan Israel kelmarin, meluluskan pembinaan penempatan baharu pertama di Tebing Barat dalam tempoh dua dekad, meskipun Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berunding dengan Washington untuk mencari penyelesaian.

Undi sebulat suara yang memihak kepada pembinaan penempatan di daerah Emek Shilo itu dibuat selepas Netanyahu memberitahu media bahawa, beliau telah berjanji untuk membangunkan penempatan baharu dan ia akan ditepati.

Susulan pengumuman itu, pegawai Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras tindakan Kabinet Israel.

“Pengumuman ini sekali lagi membuktikan bahawa Tel Aviv lebih komited untuk menenangkan pendatang haram daripada memenuhi syarat untuk kestabilan dan keamanan yang adil,” menurut ahli jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi.

Bulan lalu, Netanyahu menjanjikan penempatan baharu di Emek Shilo, selepas puluhan rumah keluarga Israel dibakar dan mereka diusir dari Amona di Tebing Barat apabila Mahkamah Agung Tel Aviv memutuskan ia dibina secara haram di atas tanah persendirian milik rakyat Palestin, lapor Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *