Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Nelayan Temui Kokain Bernilai RM10 Juta

Nelayan Temui Kokain Bernilai RM10 Juta

MANILA, Kokain bernilai jutaan dolar yang disumbat ke dalam tong dram plastik ditemui hanyut di pantai di timur Filipina, kata pegawai anti narkotik, semalam.

Seorang nelayan tempatan di bandar Matnog menemui tong dram plastik itu Rabu lalu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa tanpa mengetahui kandungannya, kata Pengarah Wilayah Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina, Christian Frivaldo

Di dalam tong itu, ejen anti dadah menemui 24 kilogram kokain yang dibungkus dalam plastik.

Frivaldo menganggarkan nilai kokain berkenaan kira-kira 125 juta peso (RM10 juta).

Kokain itu mungkin terjatuh dari kapal kargo Taiwan yang dilanda ombak besar di timur negara itu sehari sebelum ia ditemui.

Sembilan kru China, Hong Kong dan Taiwan ditahan kerajaan tempatan selepas diselamatkan dari kapal itu, katanya.

“Mereka dalam siasatan. Kami memeriksa kapal untuk mencari jika terdapat bukti tambahan di dalamnya.

“Namun, ia sukar kerana sudah separuh tenggelam,” kata Frivaldo.

Rampasan dibuat ketika kempen memerangi dadah Presiden Rodrigo Duterte menyebabkan hampir 4,000 ‘personaliti dadah’ dibunuh polis. – AFP

Leave a Reply

Top