Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Negara Ini Hancur Jika Pilih Pembangkang

Negara Ini Hancur Jika Pilih Pembangkang

CHUKAI, Negara diancam kehancuran jika Pakatan Harapan dipilih sebagai pemerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ini kerana pakatan pembangkang itu tidak stabil akibat tiadanya parti yang dominan menerajui gabungan pembangkang itu, yang merangkumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“…pastinya perebutan kuasa akan terjadi untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri (PM) meskipun mereka mencalonkan Tun Mahathir sebagai calon PM (sekiranya pakatan menang PRU14),” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Pakatan Harapan hari ini yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Pakatan pembangkang itu turut mengumumkan pembahagian kerusi Parlimen bagi PRU14 iaitu PPBM (52), PKR (51) , DAP (35) dan Amanah (27).

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani serta Anggota Parlimen Kemaman memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada 60 mangsa kejadian ribut di Taman Fikri 2 di sini.

Leave a Reply

Top