Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Neelofa Ingin Takluk Dunia Dengan Naelofar Hijabs

Neelofa Ingin Takluk Dunia Dengan Naelofar Hijabs

mh online

Rekaan tudung milik pengacara dan pelakon Neelofa mungkin pernah dihimpit kontroversi, tetapi ia mungkin ujian tidak berpanjangan apabila jenamanya itu kini dikatakan antara yang paling mendapat tempat di hati peminat.

image

Jenama itu juga menyasarkan untuk dipasarkan di peringkat global.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 26, adalah pengarah serta pengasas Naelofar Hijab.

Memetik laporan dikeluarkan oleh agensi media BBC semalam, hasil jualan rekaan Neelofa iaitu Naelofar Hijab dikatakan mencecah RM50 juta tahun ini.

Pencapaian Naelofar Hijab itu boleh dikatakan amat mengagumkan apabila tiada tudungnya yang dijual pada harga melebihi RM100.

Ia juga dua kali ganda melebihi jangkaan keluarga Neelofa.

Selain Neelofa, individu yang bertanggungjawab di sebalik pencapaian itu adalah Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, yang juga kakaknya, Noor Nabila, 30.

“Kami amat kagum dan terkejut.

“Kami bagaikan tidak percaya apabila mendapat respon sebegini,” katanya.

Sehingga kini, Neelofa sudah menubuhkan tiga syarikat iaitu Neelofa Enterprise, Neelofa Sdn Bhd dan NH Prima International Sdn Bhd.

Menurut laporan itu, syarikat berkenaan memasarkan produk melalui stokis dan sebanyak 700 pengedar di seluruh negara.

Selain itu, produk Naelofar Hijab juga dijual menerusi atas talian dan dihantar ke mana-mana tempat di seluruh dunia.

Antara yang menjadi pengedar Naelofar Hijab adalah Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan AS.

Neelofa mempunyai pengikut seramai 2.3 juta di Instagram dan 1.4 juta di Twitter setakat hari ini.

Manakala Naelofar Hijab pula mempunyai pengikut seramai 279,000 di Instagram.

Dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial, kemungkinan faktor itu turut menyumbang kepada perkembangan perniagaan Neelofa.

Menurut Noor Nabila, dia berazam untuk menjadikan Naelofar Hijab sebagai jenama hijab nombor satu dunia.

“Apabila orang ramai berkata ia pasaran yang belum diterokai, ia sememangnya begitu. Media sosial benar-benar mengubahnya.

“Kini masyarakat yang memakai hijab tidak semestinya dari kampung, mereka mungkin juga terdiri daripada seorang ikon dan berjaya,” katanya.

Leave a Reply

Top