Anda di sini!
Utama > Politik > Nazri Mahu Keahlian UMNO Muhyiddin Digantung

Nazri Mahu Keahlian UMNO Muhyiddin Digantung

mh online

Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana masih terus “bantai” presiden parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan mencadangkan pada mesyuarat majlis itu minggu ini supaya Muhyiddin digantung kerana tindakannya itu.

“Dia perlu ingat, dia bukan ahli biasa. Dia timbalan presiden parti.

“Menurut Perlembagaan parti, dia sepatutnya membantu presiden, bagaimanapun saya rasa dia telah bertindak keterlaluan,” katanya ketika melakukan lawatan ke Inap Desa Sungai Haji Dorani.

Nazri juga mendakwa Muhyiddin mengkritik kepimpinan parti secara terbuka ketika bertemu orang awam sebelum Perhimpunan Agung Umno lalu.

Beliau menggesa Muhyiddin supaya keluar dari parti jika tidak lagi mahu bersama pemimpin sedia ada.

“Jika dia fikir apa yang dilakukannya sekarang betul, dia patut tinggalkan parti dan menentang secara terbuka.

“Saya fikir tindakannya sudah melampau batas,” katanya.

Muhyiddin secara berterusan menyatakan kebimbangan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd sejak beberapa bulan lalu.

Sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan tahunan Umno, Disember lalu, bekas timbalan perdana menteri itu menyampaikan ucapan kepada umum di Kelab Sultan Sulaiman yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Leave a Reply

Top