Share on Facebook

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan, faktor nasib jelas mengiringi Bristol City ketika anak buahnya tewas mengejut 2-1 di tangan pasukan Liga Kejuaraan itu sekali gus gagal ke separuh akhir Piala Liga.

Bagaimanapun, pengendali dari Portugal itu tetap memuji persembahan luar biasa pemain Bristol sepanjang aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Ashton Gate itu.

“Mereka bermain dengan cemerlang. Pemain-pemain tuan rumah berjuang sepanjang aksi seperti ia perlawanan terakhir buat mereka,” kata bekas pengurus Chelsea itu.

“Hari yang indah untuk bola sepak. Satu pasukan dari bahagian bawah memenangi satu hari yang besar untuk mereka.”

United yang kini berada di tangga kedua saingan Liga Perdana Inggeris tampil dengan skuad terbaik apabila mempertaruhkan gandingan tiga penyerang bertaraf bintang iaitu Marcus Rashford, Zlatan Ibrahimovic dan Anthony Martial ketika berkunjung ke Bristol City itu.

Paul Pogba yang sebelum ini digantung tiga aksi turut disenaraikan Mourinho namun tuan rumah terlebih dulu memimpin aksi menerusi ledakan Joe Bryan pada minit ke-51.

Gol pembukaan itu nyata mengejutkan United yang kembali memperkemaskan aksi dengan Ibrahimovic menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Terdesak memburu gol tambahan, Mourinho memasukkan Romelu Lukaku dan mengeluarkan Daley Blind dengan Henrikh Mkhitaryan menggantikan Ibrahimivoc bagi menambah sengat di jentera hadapan.

Skuad bimbangan Lee Johnson dilihat tenang menyerap asakan pelawat dan hasilnya tuan rumah berjaya menambah gol kedua di penghujung saingan menerusi sentuhan Korey Smith.

“Pada babak pertama, kami beraksi sambil lewa dengan penguasaan banyak memihak Bristol yang tampil mantap dari segi mental dan fizikal,” katanya. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *