Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melarang dialog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz diadakan di dalam maktab polis.

Menurutnya, debat hanya sesuai dilakukan di Parlimen sahaja.

“Mana ada debat di balai polis, balai polis bukan tempat untuk berdebat.

“Kalau orang nak debat, Parlimen tempat berdebat, bukan di balai, bukan di rumah orang, bukan di padang. Tempat berdebat sesuai adalah Parlimen,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman, hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Nazri mencadangkan debat itu dilakukan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.

Dialog Tun Mahathir dan Nazri pada mulanya dijadualkan berlangsung di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kangsar, pada 25 Mac lalu, sebelum dibatalkan polis atas faktor permohonan penganjur tidak menepati Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ia disusuli permit debat untuk 7 April di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, dibatalkan atas faktor keselamatan dan polis mendapati ada pihak tertentu merancang menimbulkan kekacauan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *