Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Najib Ucap Selamat Menyambut Hari Easter Kepada Masyarakat Beragama Kristian

Najib Ucap Selamat Menyambut Hari Easter Kepada Masyarakat Beragama Kristian

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Easter kepada semua masyarakat beragama Kristian.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Easter yang berbahagia kepada setiap penganut Kristian di Malaysia,” menurut beliau dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook hari ini.

Easter ialah satu daripada perayaan paling penting yang disambut oleh masyarakat Kristian di seluruh dunia.

Posting Najib yang mendapat 2,800 like juga mendapat komen “terima kasih” daripada rakan-rakannya dalam Facebook.

Antara mereka ialah Dominic Samuel dengan ucapan “Tuhan memberkati kamu PM”, Kumar Lingam dengan posting “PM mewakili semua kaum, agama dan kepercayaan. Semoga Tuhan memberkati” dan Boniface Voon dengan ucapan “Terima Kasih PM..Semoga Tuhan memberkati kamu!”

Leave a Reply

Top