Share on Facebook

Oleh : Dato’ Abd Zarin Bin Mohd Yasin

Tun Dr Mahathir Mohamad hilang kawalan emosi bila beliau terlanjur menyebut Dato Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai keturunan ‘lanun’ Bugis. Kemudian secara bersahaja Najib Razak pula menyebut ‘kepala bapak kau’ bagi menjawab tohmahan.

Komuniti Melayu merasakan kedua mereka saperti keanak-anakan. Kerana Tun Dr Mahathir Mohamad melawan seorang yang hampir sebaya dengan anaknya. Najib Razak adalah bekas anak didiknya sendiri. Hampir 27 tahun dalam Parti dan Kerajaan mereka berdua bersama. Kini bermusuhan.

Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak diberikan buku oleh rakan sekutunya Zainuddin Maidin yang bertajuk ‘Jejak Bertapak Seorang Patriot’, sebuah buku yang menjelaskan susun galur atau salasilah Najib Razak dan bapanya Tun Abd Razak Hussein. Jika dibaca sepenuhnya buku tidak ada sepatah pun menyebut akan perihal Najib Razak dan keturunn Bugisnya berasal dari kumpulan Lanun Sulawesi.

Penulis kebiasaan tidak ambil kisah serangan berbentuk peribadi kepada penulis, kerana penulis orang politik. Tetapi dalam isu ini penulis agak terkilan dengan serangan yang diperbuat oleh seorang yang diakui sebagai pemimpin dunia ketiga dalam masa pemerintahannya.

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin agak terlupa bagaimana dia berada dalam persada politik tanah air khasnya dalam UMNO salepas dia dipecat sebagai Ahli UMNO oleh Tunku Abd Rahman Putra. Jika tidak kerana bapa Dato Sri Mohd Najib yang bernama Tun Abd Razak Hussein yang juga keturunan ‘lanun’ mengikut tuturcakap Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Penulis saksi mata dalam pertemuan pertama kali Dr Mahathir Mohemad dengan Tun Razak Hussein di Seminar Pembangunan Pemuda UMNO pada tahun 1972 di Morib. Dengan inisiatif Dato Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda UMNO dan Tunku Abdullah Tunku Abd Rahman Ahli Parlimen Rawang.

Bila nama Dr Mahathir Mohamad dibawa dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi untuk diterima semula sebagai ahli UMNO, beliau bukan diterima sebulat suara oleh Ahli MKT sebalik ada pertentangan, malah Tun Dr Ismail Abd Rahman pun tidak berapa setuju. Antara alasanya yang diberikan oleh ahli MKT ialah kerana dalam pilihanraya kecil Parlimen Kapar, yang baru berlaku. Dr Mahathir Mohamad telah berkempen untuk PAS, dimana UMNO (Perikatan) meletakan calon Abd Tahir Manan.

Bagaimana pun satelah di undi secara belah bagi ditanya setiap orang kerana ahli MKT kebanyakan penyokong Tun Razak Hussein, Keputusannya beliau diterima menjadi ahli UMNO semula di UMNO Bahagian Rawang khasnya dalam UMNO Cawangan Kampong Kenanga.

Sebaik sahaja diterima sebagai ahli UMNO beberapa bulan kemudian Tun Razak Hussein telah melantik beliau sebagai Senator dan masa yang sama menjadi Pengerusi FIMA. Dari perlantikan seorang Perdana Menteri yang dikatakan berketurunan ‘lanun’ itulah bermula segalanya dinikmati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dari seorang Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sebenarnya penulis sendiri mempunyai darah Pahang, Datuk sebelah emak penulis berhijrah ke Pahang diawal abad 20 dan tinggal dan berkampong halaman di Hulu Sungai, Raub Pahang. Malah penulis mempunyai sepupu yang ramai dan setengah darinya menjadi peneroka Felda di Tersang.

Serangan kepada Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Razak dengan mengatakan dia ‘lanun’ tidak menjadi masalah kepada penulis, kerana beliau orang Politik dan sebagai orang politik beliau bersedia untuk menerima semua itu. Tidak ada menjaga maruah diri jika serangan peribadi berlaku kepada diri kita kerana menjadi orang politik, kita sudah menjadi orang masyarakat. Sebagai orang masyarakat kita milik mereka dan mereka boleh kata apa sahaja.

Jika tidak mahu dikatakan apa-apa jangan jadi orang masyarakat. Itu antara ayat dalam satu kursus yang pernah penulis dengar satu masa dulu.

Masalahnya yang berlaku Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd Razak di samping Presiden UMNO, Perdana Menteri, beliau juga Orang Besar Berempat dalam Istana Kerajaan Melayu Beraja Pahang. Orang Besar Berempat adalah empat orang yang punya jawatan Istana yang paling hampir dan dekat dengan Sultan sebagai Raja Pemerintah Pahang.

Dengan gelaran Orang Kaya Indra Shahbandar, Pahang, beliau adalah seorang Bangsawan Institusi Kerajaan Melayu Beraja Pahang. Sebarang penghinaan kepada Orang Besar Berempat juga akan terkait dengan kemuliaan dan kebesaran DYMM Sultan Pahang sebagai Raja Pemerintah Pahang.

Maka seseorang yang hendak membuat tuduhan sama ada secara sindiran atau sebagainya kena memahami fakta sejarahnya. Orang Kaya Indra Shahbandar Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak mendapat jawatan itu dari bapanya Tun Abd Razak Bin Dato Hussein dan beliau adalah Orang Kaya Indra Shahbandar ke 11. Satu jawatan Istana yang diwujudkan pada tahun 1830 semasa zaman Pemerintahan Tun Ali dan keturunanya kemudian menjadi Pemerintah Kerajaan Melayu Beraja Pahang. Jawatan itu disandang sekian lama secara berketurunan dari keluarganya.

Susurgalur dan salasilah Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd Razak bahawa beliau berasal dari Bugis ialah di sebelah Datuknya Hussein Bin Awang Mohamad Taib yang berasal keluarga Bangsawan Bugis Makasar@Sulawesi yang datang ke Pahang pada tahun 1722 yang bernama Tok Tuan yang berkahwin dengan perempuan Pahang dan orang yang meneroka dan memperkenal Tenun Sutera Pahang yang kekal sehingga hari ini di Pekan.

Kedatangan Orang Bugis ke Pahang dan lain2 kawasan di Semenanjung Tanah Melayu tidak ada kaitan sejarah kerana mereka seorang Lanun sebaliknya Fakta sejarah menyatakan disebabkan Makasar atau Sulawesi di Jajah oleh Belanda pertengahan abad ke 16 dan jatuh Kerajaan Beraja di Gowa ditangan Belanda. Maka sejak itu orang-orang Bugis Makasar membawa diri melarikan diri dari Belanda.

Bagaimana hendak dikatakan Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak keturunan ‘lanun’ Bugis Makasar? walhal dalam fakta sejarahnya jika ikut kepada nasab sebelah ibu.. Nenda beliau atau Ibu kepada Tun Abd Razak Bin Datuk Hussein Orang Kaya Indra Shahbandar ke 10 bernama Teh Fatimah binti Daud merupakan keturunan Sultan Hasanuddin yang memerintah Sulawesi pada pertengahan kurun ke-17. Dimana nama Sultan Hasanuddin di semadikan namanya di Lapangan Terbang Makasar.

Berbalik kepada soal Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, mungkin anda akan bertanya kepada no kereta peribadi beliau No 11? Itu adalah nombor beliau sebagai orang ke sebelas dilantik sebagai Orang Kaya Indra Shahbandar, Orang Besar Berempat Kesultanan Melayu Pahang.

Jika beliau dikatakan keturunan Lanun tanpa sandaran sejarah dan fakta, tuduhan itu akan terkait dengan kemuliaan dan kebesaran Raja Pemerintah ia itu Kebawah DYMM Sultan Pahang. Bukan sahaja satu penghinaan kepada Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak tetapi kepada Sultan Pahang sendiri.

Maka saya bersetuju dengan sebahagian kenyataan Istana Selangor keputusan Dewan Di Raja Selangor untuk tindakan menyiasat dan jika ada undang-undangnya yang terkait dalam Akta Hasutan 1970 mereka yang menyebut dan menulis akan keturunan Bugis sebagai keturunan ‘Lanun’, penguatkuasaan undang-undang mesti dilakukan.

Maka saya hendak menasihatkan si botak yang otaknya kosong dalam Laskar Belukang yang berjenderalkan Jibbon a/l Musang yang bernama Bahazelan Wahab dari Kuantan itu, dari menulis merepek dan menghentam saya.. Sebaiknya sebagai #kamigengnajib menulis secara pencerahan saperti yang saya tulis ini.. Jika masa muda tak mahu mampus.. dah tua bodoh tak habis pula.

Sepatut sebagai orang asli Pahang lainlah sebagai pendatang tulislah mempertahankan nama baik Orang Besar Berempat dalam Institusi Kerajaan Melayu Beraja Pahang dan bukan menulis nak mengutuk orang. Bagaimana kepala dia yang botak.. begitulah kosong cara berfikirnya.

Sekian

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *