Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berjumpa Presiden Donald J. Trump pada 12 Sept di White House, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Kenyataan Kementerian Luar berkata Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington, D.C. atas jemputan Trump.

Malaysia dan Amerika Syarikat mengalu-alukan untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala mereka dan hubungan itu telah dipertingkat di bawah kepimpinan Najib dengan menjadikannya perkongsian yang lebih komprehensif berdasarkan kepentingan bersama.

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan perkara berkaitan kerjasama dan kepentingan bersama meliputi keselamatan negara, perang global terhadap keganasan dan ekstremism, serta perdagangan dan pelaburan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat,” katanya.

Menurut Kedutaan Amerika, Trump mengalu-alukan untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Amerika-Malaysia dan berharap dapat berbincang cara “memperkukuh dan memperluas hubungan dua hala kita dan mengembangkan kerjasama serantau dengan negara antara rakan paling rapat Amerika di Asia Tenggara.”

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *