Anda di sini!
Utama > Sukan > Naib Juara Musim Lalu Tersungkur Di Alor Star

Naib Juara Musim Lalu Tersungkur Di Alor Star

mh online

Barisan bimbingan Tan Cheng Hoe terpaksa mengharungi detik mencemaskan sebelum menyingkirkan Kelantan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti apabila pemain yang ditugaskan mengambil sepakan kelima Pamoga Que Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Mohd Khairul Izuan Rosli tersasar, selepas masa sebenar perlawanan berakhir dengan 1-1.

image

Kedah melaungkan amaran awal perlawanan apabila percubaan pemain tengah, Baddrol Bakhtiar terkena tiang gol walaupun Khairul Fahmi Che Mat sudahpun tertewas.

Namun kerancakan permainan mula terjejas apabila pemain kedua-dua pasukan kerap terlibat dalam insiden kekasaran sehingga menyebabkan Indra Putra Mahayuddin dan Jonathan McKain dilayangkan kad kuning.

Pada minit ke-34, McKain menutup kesilapan awalnya dengan menyumbat gol hasil umpanan Dramane Traore untuk meletakkan Kelantan di hadapan.

Namun begitu, skuad Helang Merah bangkit sebaik perlawanan bersambung pada babak kedua menerusi tandukan Khairul Helmi Johari pada minit ke-47.

Gol itu ternyata mencetuskan semangat Kedah untuk mengatur lebih banyak asakan dan paling hampir apabila rembatan Liridon Krasniqi yang sedikit tersasar pada minit ke-62.

Ketika perlawanan diheret masa tambahan, Kedah mencipta banyak peluang menarik, namun Khairul Fahmi cukup kental menafikan dua peluang terbaik Carlos Kahe dan Muhammad Syafiq Ahmad.

Kali terakhir Kedah menjulang trofi Piala FA pada 2008.

Dr Vida dalam reaksi segera beliau di laman instagram miliknya, menyatakan Skuad Kelantan sebenarnya telah berusaha sehabis daya namun rezeki tidak memihak kepada pasukan dan beliau berharap para peminat dapat bersabar kerana pasukan PQPTRW telah menunjukkan prestasi dan keserasian yang baik cuma rezeki memihak kepada Kedah.

Leave a Reply

Top