KUALA LUMPUR, Selepas seminggu bertarung nyawa hingga koma, bekas penyampai radio Era FM, Nadira Azizan, 41, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada jam 7.10 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia disebabkan demam denggi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, tengah hari ini.

Jawatan terakhir Nadira atau nama sebenarnya, Khidirah Naimah Mohd Zain ialah Pengurus Kandungan THR Gegar.

Pada 1998, Nadira menjadi antara penyampai awal Era FM ketika saluran radio itu baru enam bulan beroperasi.

Allahyarham pernah berganding dengan penyampai popular, Halim Othman apabila teman penyampai ketika itu, Jamal Jamaluddin bercuti.

Nadira menamatkan khidmatnya di Era FM selepas sembilan tahun apabila ditawarkan jawatan Eksekutif Muzik di THR Gegar pada 2008.

Arwah meninggalkan suami, Hasrul Rizal Hassan dan lima anak.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *