Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Myvi 2017 Hasil Air Tangan Tempatan

Myvi 2017 Hasil Air Tangan Tempatan

Perodua sentiasa berahsia dan merendah diri.

Semuanya bersebab kerana industri automotif sentiasa dahagakan kepakaran-kepakaran dan kakitangan Perodua ialah antara yang paling laku di dalam pasaran kerjaya kerana semua orang tahu akan disiplin kerja dan kualiti produk yang dihasilkan oleh kilang di Rawang itu.

Namun begitu, Muhamad Zamuren Musa tetap setia bersama Perodua. Sudah lebih 20 tahun bersama syarikat itu, Zamuren kini bergelar Timbalan Pengurus Besar untuk bahagian R&D Styling Design.

Anak kepada tiga orang cahaya mata ini berasal dari Sungai Petani dan bersekolah di SMK Khir Johari SP.

Kemudian beliau menyambungkan pelajaran beliau ke UiTM Shah Alam di fakulti Art & Design dalam jurusan Industrial Design.

Projek pertama Zamuren sebenarnya ialah Perodua Kelisa dan beliau kemudiannya terbabit dengan semua produk-produk Perodua.

Untuk Myvi 2017, Zamuren berkata rekabentuk yang dipilih berlainan dari rekabentuk produk Perodua yang lain.

“Perodua ialah sebuah syarikat pengeluar kereta kompak. Kerana itu, kami tidak boleh menghasilkan rekabentuk yang sama untuk semua model kami,” terang Zamuren bila ditanya akan rekaaan Myvi 2017 ini.

Contoh yang diberikan oleh Zamuren ialah Mazda, di mana Mazda mampu menggunakan “design language” yang sama kerana Mazda menghasilkan pelbagai genre kenderaan dan pelbagai saiz.

“Jika konsep itu digunakan oleh Perodua, kesemua kereta kami akan nampak sama kerana saiz yang kompak.”

“Setiap tahun, Perodua menjual 200,000 kenderaan. Bayangkan 200,000 kenderaan baharu setiap tahun yang mempunyai bentuk yang sama.”

“Kerana itu, Myvi diberikan bentuk baharu. Masih ada design language yang sama tetapi ia tidak serupa sepenuhnya,” terang Zamuren.

Di dalam semua projek, pasti akan ada masalah dan masalah utama yang dihadapi oleh pasukan Zamuren ialah untuk menerangkan kepada pemimpin tertinggi syarikat mengapa rekabentuk itu dipilih.

“Seorang designer yang baik mampu menerangkan kenapa rekabentuk itu dibuat sedemkian rupa,” nasihat beliau.

Zamuren mengetuai sepasukan designer Perodua untuk Myvi 2017 ini.

“Pasukan kami memang semuanya orang Malaysia dan semuanya belajar di dalam Malaysia. Ada dari UiTM, UIA, USM, UTM dan sebagainya,” katanya lagi..

 

Leave a Reply

Top