Tiada kemalangan besar atau kes kesihatan dilaporkan pada musim haji tahun ini, ketika umat Islam memasuki hari terakhir melakukan rukun Islam kelima itu.

Rukun melontar di jamrah di bandar raya Mina yang bermula pada waktu subuh adalah lokasi rempuhan pada musim 2015 yang mengorbankan 2,300 jemaah dalam krisis terburuk melanda ibadat itu.

Menurut agensi berita Arab Saudi, SPA, 2.35 juta umat Islam menunaikan haji di Makkah, termasuk 1.75 juta dari luar negara itu.

Bercakap pada sidang akhbar berhampiran Mina, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour al-Turki, berkata negaranya berusaha memastikan musim haji kali ini berjalan lancar.

“Rancangan untuk nafra (perjalanan pulang dari Mina ke Makkah) menepati piawaian dikehendaki,” kata jurucakap Keselamatan Umum Arab Saudi, Kolonel Sami al-Shweirekh, memuji kejayaan langkah keselamatan.

Kawalan keselamatan ketat dilaksanakan untuk mengawasi ibadat haji tahun ini dilancarkan Rabu lalu, dengan pihak berkuasa berkata mereka menempatkan lebih 100,000 kakitangan untuk tujuan itu.

Pihak berkuasa turut mengenepikan kebimbangan mengenai kemungkinan kes kesihatan.

“Sehingga kini, tiada wabak penyakit dilaporkan,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Meshaal al-Rabiyan. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *