Anda di sini!
Utama > Politik > Muktamar Pas Ke-62 Tumpu Agenda PRU-14

Muktamar Pas Ke-62 Tumpu Agenda PRU-14

KOTA BAHARU, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62 yang akan diadakan di sini dari 2 hingga 4 Jun ini akan memberi tumpuan kepada persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata muktamar itu, yang akan dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk perwakilan dan pemerhati, akan berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini.

“Ini muktamar yang penting bagi menghadapi pilihan raya selain hala tuju baharu bagi PAS,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Media Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata muktamar tahunan bagi tiga sayap parti itu – Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan di sini (Kota Baharu) pada 31 Mei dan 1 Jun.

Leave a Reply

Top