Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Mukhriz Sedia Disiasat

Mukhriz Sedia Disiasat

SHAH ALAM, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sedia untuk disiasat berhubung pemilikan kepentingan saham dalam syarikat gentian optik, Opcom Holding Berhad (OPCOM) ketika menjawat jawatan dalam kerajaan.

Bekas Menteri Besar Kedah itu turut menjelaskan, beliau tidak dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 2008, sebaliknya pada 2009.

“(Sedia disiasat?) saya rasa kalau ia penting untuk disiasat. Tapi maklumat yang dia dapat pun tidak betul. Kalau tengok betul-betul, kamu semak tarikh pelantikan saya sebagai Timbalan Menteri, bukan selepas pilihan raya.

“Selepas pilihan raya saya hanya menjadi Ahli Parlimen biasa, lepas pemilihan UMNO (2009) baru ada lantikan semula (rombakan Kabinet), jadi tidak betullah dakwaan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat Konvensyen Pakatan Harapan 2018, di sini, hari ini.

Mukhriz berkata, beliau tidak dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI pada 2008 dan sudah meletak jawatan, sebaik dilantik sebagai Timbalan Menteri.

“Semak betul tarikh lantikan saya dengan tarikh letak jawatan memang berdekatan. Mereka kata seolah-olah saya tidak ada integriti tidak menghormati peraturan kerajaan dan sebagainya.

“Saya tidak dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 2008. April 2009 baru ada rombakan Kabinet dan saya salah seorang yang dilantik,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar yang mahu beliau disiasat kerana memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan ketika dalam kerajaan.

Leave a Reply

Top