Anda di sini!
Utama > Sukan > MU Kini Lebih Yakin

MU Kini Lebih Yakin

MELAKA, Selepas berjaya menewaskan pasukan pilihan Kelantan dalam saingan awal Liga Super, sekali gus meraih tiga mata penuh, Melaka United (MU) kini lebih yakin untuk mulakan cabaran baharu musim ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata skuad bimbingan jurulatih Eduardo Almeida itu berjaya menunjukkan perubahan positif apabila sebahagian besar pemain menampilkan aksi lebih baik berbanding sebelum ini.

“Beberapa pemain terutamanya barisan pemain import baharu telah membuat kejutan apabila mereka menunjukkan prestasi di luar jangkaan dan saya harap momentum ini dapat diteruskan hingga akhir musim,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Kelantan di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Meskipun MU dikejutkan dengan jaringan pasukan pelawat seawal minit pertama oleh Bruno Lopes, mereka bangkit pada minit ke-17 menerusi pemain import Yahor Zubovich dan seterusnya pada minit ke-30 melalui Jeon Woo Young.

Akui, pihaknya risau dengan prestasi empat pemain import baharunya kerana mereka tidak mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Super, namun mereka berjaya menunjukkan corak permainan yang baik.

“Saya harap MU mampu membentuk pemainan berbeza dan lebih baik dalam perlawanan akan datang dan memperbaiki corak permainan terutamanya di bahagian pertahanan,” katanya.

MU akan menentang Selangor pada Rabu ini untuk saringan Liga Super yang seterusnya.

Leave a Reply

Top