Kira-kira 110,000 penumpang terkandas dan 300,000 tempahan tiket terpaksa dibatalkan apabila Monarch Airlines menghentikan operasinya serta-merta.

“Dengan rasa dukacita kami ingin mengumumkan Monarch menghentikan semua penerbangan dan percutian,” kata Penerbangan Awam Britain (CAA) menerusi laman Twitter.

Persaingan sengit dalam sektor penerbangan dipercayai memberi tekanan kepada kebanyakan syarikat penerbangan di Eropah.

Keadaan itu juga memaksa syarikat seperti Air Berlin dan Alitalia memfailkan kebankrapan tahun ini dan mencari pelabur untuk menghidupkan perniagaan mereka yang lain.

Susulan keputusan itu, CAA dalam satu kenyataan berkata, kerajaan mengarahkan pihaknya menyewa lebih 30 pesawat untuk membawa balik penumpang penerbangan Monarch yang ketika ini berada di luar negara. – REUTERS

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *