Anda di sini!
Utama > Hiburan > Mira Filzah Bakal Kahwin Dengan Abang Tirinya ?

Mira Filzah Bakal Kahwin Dengan Abang Tirinya ?

Oleh : Hidayat Fansyuri

Pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik Mira Filzah dikhabarkan bakal diijabkabulkan dengan abang tirinya sendiri. Pasti ramai yang terkejut dengan desas-desus itu bukan?

Sejak bila Mira Filzah mempunyai abang tiri?

Jangan bimbang, semua itu hanyalah adegan drama terbaharu TV3 dalam slot Dahlia, adaptasi novel Meh, Sandar Pada Aku! yang telah mula bersiaran sejak 26 Februari, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Meh, Sandar Pada Aku adalah drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd di bawah arahan saudara Emi Suffian dengan membariskan pelakon – pelakon popular seperti Aliff Aziz, Mira Filzah, Redza Rosli, Aishah Ilias, Jaja Illiyes DFKL, Raja Ema, Azri Iskandar, Fiza Halim, Badrul Muhayat dan Nada Syuhada.

Apakah kesudahan kisah Syed Nadzhan dan Afnan Tasneem? Adakah mereka akan berkahwin? Jangan ketinggalan untuk saksikan drama Meh, Sandar Pada Aku pada setiap hari Jumaat hingga Ahad pada pukul 6.58 petang dalam slot Dahlia, TV3.

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my sebelum siaran di TV3 melalui langganan pakej tonton VIP.

Leave a Reply

Top