Anda di sini!
Utama > Hiburan > Michelle Yeoh Terima Anugerah Legion d’Honneur Dari Perancis

Michelle Yeoh Terima Anugerah Legion d’Honneur Dari Perancis

Pemenang anugerah heroin aksi Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng menerima anugerah ketiga Legion d’Honneur dari Perancis atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman.

Beliau dianugerahi darjah ‘the Commander of the Legion d’Honneur’ oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis pada Selasa.

Yeoh, 54, sebelum ini dikurniakan ‘Knight’ dan ‘Officer’ anugerah berprestij itu oleh kerajaan Perancis masing-masing pada 2007 dan 2012.

Turut hadir pada majlis itu ibunya Datin Janet Yeoh, iparnya Megan Yeoh dan Duta Besar Perancis ke Malaysia Christophe Penot.

Muncul dengan pakaian gemilang hijau zamrud rekaan Elie Saab, aktres itu berkata ia benar-benar satu penghormatan buatnya daripada Hollande.

“Saya amat teruja dan berasa begitu dihormati… dalam jadualnya yang amat ketat, bagi Presiden Holland melakukan ini, saya benar-benar rasa dihormati,”kata Yeoh kepada Bernama.

Anugerah the Legion d’Honneur diwujudkan oleh pemimpin tentera dan emperor Perancis Napoleon Bonaparte pada 1802.

Ia mengandungi lima darjah — Chevalier (Knight), Officier (Officer),Commandeur (Commander), Grand Officier (Grand Officer) dan Grand’Croix (GrandCross).

Warga Malaysia lain yang menerima anaugerah the Legion d’Honneur termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2010 serta ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes pada 2010 dan 2013.

Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 6 Ogos 1962, Yeoh melonjak ke kemuncak kesohoran antarabangsa bila beliau berlakon di samping Pierce Brosnan dalam filem Bond 1997, ‘Tomorrow Never Dies.’  Hollande, yang sedang dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia sejak Isnin turut mengadakan pertemuan dengan masyarakat Perancis di Malaysia sebelum menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Negara.

 

Leave a Reply

Top