MIC mensasar 90,000 daripada sejumlah kira-kira 570,000 anggotanya selaku pengundi menjelang 15 Jun, sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, kata presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata pengerusi cawangan parti telah diberikan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi mengendali eksesais untuk menentukan MIC mempunyai bilangan yang perlu untuk memberikan undi masyarakat India kepada Barisan Nasional.

“Selain mendaftarkan anggota MIC, kami akan juga mengenal pasti orang India yang bukan pengundi untuk mendaftar mereka sedemikian.

“Eksesais pendaftaran pengundi akan menekankan pada kawasan di mana MIC bertanding,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan eksesais pendaftaran pengundi anjuran MIC Klang di sini pada Ahad.

Dr Subramaniam, yang juga menteri kesihatan berkata masyarakat India perlu sedar tentang pentingnya menjadi pengundi kerana hak mereka sama ada dalam bidang pelajaran, sosial, agama atau ekonomi bergantung kepada perwakilan politik yang berkesan dan kukuh.

Menurutnya, asas pengundi masyarakat India di negara ini telah meningkat dari 900,000 kepada sejuta.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *