MIC Negeri Sembilan sedang mengenal pasti calon yang layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata MIC akan bertanding di satu parlimen, Teluk Kemang dan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Jeram Padang dan Port Dickson.

Proses tapisan sedang dilakukan dalam beberapa peringkat. Kita perlukan tiga calon yang mempunyai peluang paling tinggi untuk menang (PRU) di negeri ini, katanya kepada media selepas Majlis Peletakan Batu Asas SJK (T) Lorong Java, di sini Rabu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan dan Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L Manickam.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah RM4.5 juta daripada dana khas kerajaan persekutuan telah diberikan kepada SJK (T) Lorong Java untuk membina blok tambahan, yang dijangka siap dalam masa dua tahun.

“Apabila siap, ia akan dilengkapi dengan 19 bilik darjah beserta kemudahan lain seperti makmal sains, perpustakaan, bilik mesyuarat dan bilik guru,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *