Anda di sini!
Utama > Terkini > Mesyuarat MT Diperkarangan Parlimen Bukan Perkara Luar Biasa

Mesyuarat MT Diperkarangan Parlimen Bukan Perkara Luar Biasa

mh online

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak ada yang luar biasa mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan di perkarangan bangunan Parlimen hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata mesyuarat itu diadakan di sini bagi memudahkan kehadiran anggota Parlimen UMNO yang merupakan anggota Majlis MT menghadiri persidangan Dewan Rakyat terutama jika ada undian belah bahagian.

“Mesyuarat MT (UMNO) diadakan di perkarangan (bangunan Parlimen) bukan di dalam dewan sebab kita perlu dekat dengan Dewan kalau ada undian belah bahagi, maka kita boleh pastikan kehadiran ahli-ahli parlimen kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Katanya pemimpin daripada parti pembangkang juga ada mengadakan pertemuan atau mesyuarat di kawasan Parlimen.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kebiasaannya diadakan di Ibu Pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Terdahulu, Najib yang juga Perdana Menteri tiba pada pukul 6 petang di Bilik Jawatankuasa 2, bangunan sementara, di Parlimen untuk mesyuarat itu, sementara anggota MT yang lain termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden parti telah tiba lebih awal.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak kelihatan.

Mesyuarat itu yang yang berlangsung kira-kira satu setengah jam membincangkan beberapa perkara dan dua keputusan dicapai iaitu memecat Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman dan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 nanti akan dirasmikan oleh ketua masing-masing.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top