Anda di sini!
Utama > Terkini > Mekanisma Baru Tangani Kos Sara Hidup

Mekanisma Baru Tangani Kos Sara Hidup

mh online

image

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang pertama tahun ini.

Jawatankuasa ini akan memastikan usaha terus diambil untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat secara bersepadu bersama dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO).

Kerajaan memandang serius perkara berkenaan dan sentiasa komited serta proaktif mencari langkah untuk menangani isu terbabit yang sedang dialami rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata semua perkara yang dibincangkan pada mesyuarat akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Menangani kos Sara Hidup sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini rata-ratanya menyentuh isu dan masalah bebanan hidup yang dihadapi semua peringkat masyarakat, termasuk pelajar dan mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 (pendapatan bawah RM3,000).

“Antara yang turut disentuh keperluan untuk mekanisme baharu bagi mendidik pengguna, termasuk penerangan lebih jelas berkenaan Indeks Harga Pengguna.

“Turut dibincangkan juga mengenai keperluan ilmu kepenggunaan yang perlu dimulakan di peringkat sekolah lagi. Selain itu penambahbaikan kad siswa untuk kegunaan pelajar juga disentuh,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan sebentar tadi.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top