Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Media Sosial Boleh Bantu Masyarakat Jana Aktiviti Ekonomi

Media Sosial Boleh Bantu Masyarakat Jana Aktiviti Ekonomi

mh online

BATU PAHAT, Kehadiran media sosial yang membolehkan perhubungan menjadi pantas harus dimanfaatkan oleh generasi muda untuk membantu masyarakat setempat menjana ekonomi, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Penerangan Strategik) Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

Beliau berkata penguasaan terhadap instrumen itu membawa beberapa impak, antaranya meningkatkan jaringan pengguna dan memudahkan pemasaran produk yang dihasilkan penduduk setempat terutama dalam Komuniti 1Malaysia (K1M).

“Saya berharap anak-anak muda gunakannya untuk membantu masyarakat kurang kemampuan (memasarkan produk) bagi meningkatkan pendapatan mereka,” katanya ketika merasmikan Program Semarak K1M di Dataran Penggaram, di sini, Sabtu.

Beliau berkata di peringkat kerajaan, Jabatan Penerangan membantu usaha penjanaan ekonomi itu dengan menyediakan garis panduan kepada setiap pelaksanaan program yang ingin dilakukan.

“Bantuan ini disediakan kerana kita mahu komuniti lebih berdikari dalam meningkatkan penyertaan dalam apa jua bidang serta program.

“Kita tidak mahu mereka bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Mereka hendaklah membuat perancangan dan perencanaan rapi agar dapat melaksanakan program-program yang memanfaatkan ahli dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Leave a Reply

Top