FOKUS PRU-14 MASJID TANAH

Oleh : Abdullah Karim

Rentetan daripada berita ‘Rauf Tanding Parlimen Masjid Tanah? Wakil Rakyat Kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Melaka tampil memberi penjelasan apabila nama beliau dikaitkan antara wakil rakyat kekal mempertahankan DUN berkenaan.

Bagi Datuk Md. Rawi Mahmud beliau sama sekali tidak alpa atau bermegah apabila dikaitkan dirinya kekal di DUN berkenaan. Sebaliknya terus menerus menjalankan amanah rakyat di kawasan tersebut tanpa memikirkan kedudukan dirinya pada pilihan raya umum (PRU 14) akan datang.

“Apapun kerja tetap diteruskan,” katanya pendek.

Datuk Md. Rawi antara pemimpin disenangi rakyat. Beliau rajin turun padang menyelesaikan masalah berbangkit. Tanpa mengira masa, beliau sedia menghulurkan bantuan demi mensejahterakan pengundi tempatan.

Apa yang pasti pemimpin yang amat mesra rakyat dan merendah diri ini dikagumi oleh kawan dan lawan. Tidak hairanlah pucuk pimpinan Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Datuk Seri Rauf Yusoh dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Umno Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Harun amat menyenangi beliau.

Biarpun namanya dikatakan kekal di tempatnya sekarang, Datuk Md. Rawi berkata apa juga telahan masyarakat mengenai kedudukannya di Tanjung Bidara, beliau meletakkan keputusan tersebut kepada pucuk pimpinan parti.

“Kita (Pemimpin Bahagian) sudah berikrar akan menghormati keputusan pucuk pimpinan,” katanya.

Mengenai cakap-cakap Datuk Seri Rauf akan bertanding di Parlimen Masjid Tanah dan Ahli Parlimen sekarang, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Melaka, beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bercakap panjang lebar pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini berkaitan calon PRU.

“”Dalam PAU (Perhimpunan Agung Umno) lepas, Perdana Menteri sendiri ada menjelaskan dalam menilai pemilihan calon-calon PRU. Yang paling penting sebagai Wakil Rakyat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) masa kini perlu dipertingkatkan melalui program-program berfokuskan rakyat,” jelas beliau.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *