Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Mayat Lelaki Berpakaian Lengkap Ditemui

Mayat Lelaki Berpakaian Lengkap Ditemui

SUNGAI NANGKA, Mayat seorang lelaki yang berpakaian lengkap ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit di Jalan Sungai Nangka, Banting petang semalam.

Mangsa yang dalam keadaan tertiarap itu difahamkan dijumpai oleh penduduk berhampiran kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang memakai baju berwarna kelabu dan berseluar Jeans.

Menurutnya, mangsa juga dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada dua hari.

“Hasil siasatan, tiada kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa dan kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa yang berbadan gempal berketinggian 5 kaki 5 inci, berjambang dan berkulit cerah itu kemudiannya di bawa ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada media.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, seramai tujuh orang anggota dari Balai Bomba Banting dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan memaklumkan terdapat seorang mayat lelaki dijumpai di dalam sungai berkenaan.

Katanya lagi, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira -kira jam 6.41 petang dan pasukannya bertindak menaikkan mangsa ke darat sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis.

Leave a Reply

Top