Bayern Munich berjaya melengkapkan pemindahan Ketua Pasukan Borussia Dortmund, Mats Hummels menerusi kontrak selama lima tahun.

Hummels, 27, mempunyai baki kontrak selama setahun bersama bekas kelabnya sebelum menerima tawaran kelab baru selepas lapan tahun.

“Kami teruja kerana Mats Hummels menerima tawaran Bayern.

“Mats merupakan pemain pertahanan tengah terbaik dan dengan memilikinya kami dapat meningkatkan kualiti barisan pertahanan,” jelas  CEO Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

 Hummels sebelum ini merupakan pemain Bayern sebelum Jurgen Klinsman menganggapnya tidak sebagai penting.

Berikutan itu dia dipinjam kepada Dortmund sebelum memeterai kontrak sebagai pemain tetap dengan yuran pemindahan sebanyak £4 juta.

Sepanjang berada di Dortmund, pemain Jerman itu berjaya membantu kelab berkenaan menjuarai Bundes Liga dan Piala Dunia bersama negaranya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *