Anda di sini!
Utama > Ekonomi > MATRADE Wujudkan Semula MDG

MATRADE Wujudkan Semula MDG

KUALA LUMPUR, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mewujudkan semula Geran Pembangunan Pasaran (MDG) pada 1 Jan tahun ini selepas menggantungkannya tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata langkah itu bertjujuan memberi manfaat kepada lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengeksport produk masing-masing.

“Ia juga merupakan antara pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lepas,” katanya.

Mohd Shahreen berkata sejak pelaksanaannya pada 2002, MDG memberi manfaat kepada 7,682 syarikat tempatan yang menembusi pasaran utama eksport Malaysia seperti China, Emiriah Arab Bersatu dan negara anggota ASEAN.

MDG ialah platform yang menyediakan peluang kepada PKS Malaysia untuk memohon geran yang boleh dikembalikan sehingga RM200,000 bagi penyertaan aktiviti promosi eksport iaitu pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemecut eksport, persidangan antarabangsa selain fi penyenaraian untuk barangan buatan Malaysia di pasar raya, pasar raya besar dan pusat runcit di luar negara.

Sementara itu, MATRADE berkata susulan pewujudan semua geran itu, garis panduan baharu diperkenalkan, termasuk syarikat perlu mendaftar atau mengemas kini maklumat masing-masing dengan MATRADE menerusi Pendaftar Eksport Malaysia.

“Syarikat juga mesti memiliki entiit perniagaan yang aktif (tidak terpakai kepada syarikat kurang dari setahun),” katanya.

Leave a Reply

Top