Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > MARA Cadang Tubuh Pusat Latihan Di Tok Bali

MARA Cadang Tubuh Pusat Latihan Di Tok Bali

mh online

Majlis Amanah Rakyat (Mara) bercadang mewujudkan pusat latihan maritim di Tok Bali di sini, untuk melatih belia bumiputera sebagai tenaga mahir dalam bidang industri perkapalan.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa berkata pusat latihan itu dicadang dibangunkan di kawasan seluas 10 hektar milik Mara di Tok Bali.

“Kertas kerja mengenai pembangunan pusat latihan maritim itu telah siap dirangka,” katanya kepada pemberita selepas memandu uji sebuah bot bagi tujuan kerja menyelamat di Tok Bali di sini, Isnin.

Bot berkenaan yang bernilai RM217,000 dan boleh memuatkan 20 penumpang, dilengkapi dengan peralatan komunikasi, sesuai untuk tugas menyelamat.

Annuar berkata pembangunan pusat latihan maritim itu selaras dengan kepesatan perkembangan industri perikanan dan perkapalan di negara ini.

“Selain keperluan industri perikanan ia juga penting kepada industri minyak dan gas yang beroperasi di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata peserta yang akan dipilih kelak terdiri daripada mereka yang mendapat tajaan Mara dan syarikat yang berkaitan dengan industri Maritim.

Katanya Mara juga akan bekerjasama dengan Universiti Maritim Malaysia yang kini dalam proses penubuhannya.

Leave a Reply

Top