Share on Facebook

Mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 1,073 orang daripada 284 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,244 pada 10 malam tadi.

Mengikut laporan portal Info Banjir, hanya 28 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di enam daerah negeri itu. Besut iaitu daerah paling teruk terjejas banjir ketika ini juga sudah menunjukkan penurunan kepada 889 orang daripada 236 keluarga di 19 PPS berbanding 1055 orang (279 keluarga) malam tadi.

Di Dungun juga merekodkan penurunan iaitu 28 orang (lapan keluarga) berbanding 33 orang (sembilan keluarga).

Empat daerah kekal dengan jumlah mangsa banjir malam tadi iaitu Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu.

Jumlah mangsa banjir di Setiu kekal 27 orang (lima keluarga) di satu PPS yang masih beroperasi di daerah itu, Kuala Nerus, kekal dengan 35 mangsa banjir (sembilan keluarga) yang berada di dua PPS.

Manakala Marang pula hanya 41 orang (12 keluarga) kekal berada di dua PPS dan Kuala Terengganu kekal 53 orang daripada 15 keluarga.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *