Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Pagi Ini

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Pagi Ini

KUANTAN, Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,452 orang setakat 9 pagi ini melibatkan  tiga daerah apabila Raub dilanda banjir sekali lagi.

Pengarah  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata semua mangsa banjir di Pekan, Rompin dan Raub ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Pekan terus merekodkan pertambahan mangsa  dengan 1,210 orang berbanding 1,165 orang malam tadi dan ditempatkan di 10 buah PPS.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang kini menempatkan 322 mangsa,  SK Sri Biram (67), SK Sinar Mutiara (375), SK Seri Terentang (39), SK Temai (93), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (136), Pulau Manis (75), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (55) dan SK Acheh (sembilan),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Di Rompin, jumlah mangsa turut meningkat kepada 239 orang berbanding 125 orang malam tadi dan ditempatkan tiga buah pusat pemindahan SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (72) dan Balai Raya Setajam (104).

Di Raub, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan tiga mangsa.

Leave a Reply

Top