Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 11,748 orang melibatkan 3,255 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 9,220 orang daripada 2,587 keluarga pada pukul 8 malam tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir, semua mangsa banjir kini ditempatkan di 65 pusat pemindahan di tujuh jajahan di negeri itu.

Daripada jumlah itu, 5,109 orang (1,334 keluarga) ditempatkan di 24 buah pusat pemindahan di Kota Bharu manakala 10 pusat pemindahan di Pasir Puteh menempatkan 2,507 orang daripada 678 keluarga.

Di Pasir Mas sebanyak 21 pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 2,086 mangsa daripada 665 keluarga, sementara Tumpat menyaksikan 1,238 mangsa daripada 356 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahannya.

Bachok pula merekodkan 522 mangsa daripada 141 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, sementara Machang mencatatkan 197 mangsa daripada 56 keluarga di empat pusat pemindahannya, sementara dua pusat pemindahan di Tanah Merah menempatkan 89 mangsa daripada 25 keluarga.

Sementara itu, menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kekal 10.11 meter setakat 8 pagi ini dengan paras sama turut direkodkan pada 8 malam tadi.

Paras bahaya bagi sungai itu ialah 9.0 meter.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *