Share on Facebook

Bilangan mangsa banjir terus berkurangan kepada 8,193 orang yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 9 pagi ini.

Kesemua mangsa daripada 3,255 keluarga membabitkan empat daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas yang mencatat mangsa banjir paling tinggi terus menunjukkan aliran menurun kepada 4,804 mangsa membabitkan 2,040 keluarga ditempatkan di 19 PPS, berbanding 5,625 orang malam tadi.

Bilangan mangsa di Tumpat pula tidak berubah, iaitu seramai 3,328 daripada 1,200 keluarga di lapan PPS, sejak malam tadi.

Tiada perubahan juga berlaku di Kota Bharu dan Pasir Puteh yang masing-masing tinggal satu PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong, Pendek (37 mangsa membabitkan 10 keluarga) serta SK Wakaf Raja, Bukit Awang (24 orang daripada lima keluarga), sejak semalam.

Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan dijangka terus berkurangan dari semasa ke semasa memandangkan cuaca makin baik.

Sementara itu, keadaan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu terus menunjukkan aliran penurunan, namun masih di paras bahaya yang masing-masing di paras 9.94 meter dan 3.34 meter.

Bagaimanapun, Sungai Galas Limau Kasturi kembali mencecah paras berjaga-jaga pada sukatan 56.54 meter berikutan hujan sejak malam tadi, manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai pula masih berada paras sama.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *