Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 8 pagi ini terus meningkat kepada 3,621 orang berbanding 3,439 orang malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa dipindahkan meningkat berikutan air dari hulu yang mengalir bertembung dengan air pasang besar.

Kesemua mangsa daripada 1,081 keluarga itu ditempatkan di 29 pusat pemindahan berbanding 22 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumah itu, 12 pusat dibuka di daerah Kota Setar.

Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 334 mangsa, PP SK Seri Gunung (180), PP SK Alor Mengkudu (117), PP Dewan Taman Sri Bagan (95), PP Surau Pondok Kepala Bukit (88), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75), PP Masjid Kampung Lengkuas (46), PP SK Bukit Pinang (40), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (32), PP SK Suka Menanti (26), PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13) dan PP SK Taman Aman seramai sembilan mangsa.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu telah ditempatkan di tujuh pusat iaitu di PP Dewan Lubuk Batu (533), PP SMK Mahawangsa (469), PP Dewan Kubur Siam (303), PP Dewan Tokong Cina (167), PP SK Kodiang Lama (41), PP Dewan Manggol Malau (37) dan PP Dewan Kampung Lahar seramai 31 mangsa.

Di daerah Pokok Sena, enam pusat pemindahan adalah di PP SK Bukit Hijau dengan 437 mangsa, PP Madrasah Maahad Tarbiyah (166), PP Dewan Kampung Permatang Limau (35), PP Dewan Lubuk Keriang (34), PP Surau Kampung Menerong (18) dan PP Dewan Kampung Empa seramai 16 mangsa.

Sementara itu, di daerah Pendang empat pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 165 mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Guar Kepayang, PP Pusat Rakan Sukan Padang Pusing (55), PP Pusat Rakan Sukan Ayer Puteh (46) dan 13 orang mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Bukit Raya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *