Oleh : Totok UMNO

Muhyiddin Yassin semakin galak mengadakan siri ceramahnya di seluruh negara bersama pimpinan pembangkang dan beberapa mantan yang telah dipecat dari UMNO, dalam siri ceramahnya pelbagai fitnah dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Najib.

Sudah menjadi fitrah manusiawi bila tidak lagi berada dalam satu kelompok maka banyaklah kepincangan itu dan ini akan direka demi mencapai hajatnya ingin menjadi Perdana Menteri. Samalah juga dengan perangai Anwar Ibrahim.

Dalam siri ceramahnya di Kelantan minggu lalu, beliau mengatakan kononya melihat bukti transaksi wang masuk ke akaun Perdana Menteri yang jumlahnya sangat banyak, ditunjukkan kepada beliau oleh bekas Peguam Negara terdahulu Ghani Patail, maka yang menjadi persoalan disini ialah kenapa dokumen itu ditunjukkan kepada Muhyiddin dan tidak diberikan kepada SPRM mahu pun PDRM untuk disiasat?

Sudah terang lagi mahukan lampu ‘LED’ untuk disuluh, maka benarlah selama ini Muhyiddin dan Ghani Patail berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri. Jika benar seperti didakwa olehnya maka wajar beliau kemukakan bukti seperti mana yang diminta oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan jangan buat tuduhan berdasarkan khabar angin.

Jika benarlah ada sekali pun dokumen itu, Muhyiddin, Ghani atau sesiapa saja yang terlibat boleh disiasat kerana cubaan menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan, atas sebab apa peguam negara perlu dedahkan dokumen kepada seorang Timbalan Perdana Menteri di waktu itu kalau tiada nawaitu yang tidak baik atau pakatan sulit?

Jadi jangan hanya pandai menjaja cerita dipentas-pentas ceramah semata-mata, hanya kerana hajat untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai maka direkalah pelbagai cerita untuk menyedapkan ceramahnya. Kalau tidak ada fitnah maka pentas ceramah selalunya akan menjadi ‘Lecah’ (bahasa orang kelantan)  atau tidak cukup perisa.

Bila berkawan dengan pembangkang ni biasalah segala macam ‘Trick’ diguna pakai yang dulunya dia kata kepada Anwar, kini dia pula yang jadi sesumpah makan diri…

Akhir kata, nak minta tolong kat Muyiddin sampaikan salam pada Najwa ya..

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *