Bekas pemain Manchester United Paul Scholes berkata kelab itu sudah mempunyai barisan pemain yang cukup hebat.

Bagaimanapun, Scholes yang menjadi salah seorang daripada pihak yang kerap mengkritik permainan United sejak akhir-akhir ini berkata The Red Devils masih memerlukan tambahan pemain di tiga posisi.
Katanya, gabungan pemain muda seperti Marcus Rashford dan para pemain berpengalaman seperti Juan Mata dan Wayne Rooney menjadi penyebab United tampil mempamerkan permainan yang baik.

Situasi ini dapat dilihat beberapa bulan kebelakangan ini di mana United menunjukkan penampilan hebat. Dalam enam perlawanan, mereka tidak pernah kalah- lima kali menang dan sekali seri.
Justeru Scholes berkata untuk memperkukuhkan kelab, hanya beberapa pemain tambahan perlu dimasukkan.

“Saya rasa mereka tak memerlukan rombakan besar-besaran,” kata Scholes memetik Sky Sports.

“Saya fikir mereka perlukan seorang striker serta mungkin pemain yang mempunyai kreativiti di barisan tengah.

“Jika kami mampu bertemu dengan pemain-pemain itu, mungkin corak permainan kelab ini akan berbeza. Saya rasa penyokong juga akan selesa,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *