Malaysia tidak pernah terlibat atau bersekongkol dengan mana-mana operasi, negara atau angkatan bersekutu untuk menyerang Yemen, kata Kementerian Pertahanan.

Ia berkata tujuan utama atau ‘sole purpose’ Angkatan Tentera Malaysia berada di Arab Saudi adalah untuk bersiap sedia membantu dalam misi evakuasi baki rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen.

Perkara ini terkandung dalam jawapan bertulis kementerian di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ia sebagai menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) yang mahu kementerian menjelaskan dakwaan Malaysia bersekongkol dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi dan negara lain menyerang Yemen yang mengorbankan nyawa orang awam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *