Malaysia perlu bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain bagi meraih peluang daripada pertumbuhan dalam industri pertahanan di rantau ini yang dijangka menjana kira-kira US$100 bilion menjelang 2030.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Malaysia telah menghasilkan beberapa komponen yang baik dan bersedia untuk berkongsi teknologi dan pengetahuan itu dengan negara anggota ASEAN yang lain.

“(Negara) ASEAN tidak sepatutnya dianggap sebagai pengguna akhir (dalam industri pertahanan) tetapi perlu meningkatkan diri mereka sebagai rakan usaha sama dalam sistem industri itu secara bersepadu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Beliau berkata LIMA ’17 yang menarik lebih daripada 500 pempamer dari seluruh dunia ke Langkawi boleh menjadi pentas bagi negara anggota ASEAN untuk terus meneroka peluang kerjasama dalam industri pertahanan.

“Kita tidak boleh ketinggalan (dalam pembangunan) industri pertahanan. Kita mahu sama-sama mengambil mengambil bahagian dalam industri ini,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *