Anda di sini!
Utama > Nasional > Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Jakarta – TPM

Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Jakarta – TPM

mh online

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Jakarta, Indonesia hari ini yang mengorbankan nyawa beberapa orang yang tidak berdosa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan keji itu harus dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.

“Malaysia, sebagai jiran Indonesia, ingin mezahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dan cedera dalam serangan bom hari ini di Jakarta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya enam orang termasuk tiga anggota polis terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri letupan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jakarta.

Leave a Reply

Top